Tuesday 19 March 2013

20:45 - 25 comments

Hantar Rencana/Artikel ke ruangan surat khabar

الدحمد لله...الحمد لله...الحمد لله

Saya mulakan post kali ini dengan ucapan syukur kepada Allah kerana rencana saya telah terpilih dan diterbitkan di dalam surat khabar Sinar Harian. Kalau nak tahu, apa yang saya hantar kepada Sinar adalah rencana Jadilah jutawan sebenar yang saya baru post pada minggu lepas :)




          Untuk makluman, rencana saya ini diterbitkan pada 15 Mac 2013, di dalam ruangan 'Surat Pembaca'. Walaupun rasa gembira dan bertuah ketika mendapat berita baik ini, saya agak risau bila teringat kembali nukilan tangan sendiri berkaitan rencana ini. Saya risau adakah pembaca dapat memahami mesej yang ingin saya sampaikan. Saya risau jika rencana ini mungkin disalahertikn oleh orang lain. Saya risau itu dan ini... 

          Namun, bila difikirkan semula, saya rasa saya sudah buat yang terbaik. Jika ada kekurangan dari segi penulisan atau fakta, saya yakin editor akan membantu memperbaiki apa-apa kekurangan yang terdapat di dalam rencana tersebut.

           Secara jujurnya, saya agak kesuntukan masa dalam menyiapkan rencana ini. Tajuk atau headline rencana ini pun bagi saya agak kurang menarik, walaupun ia merupakan cetusan idea dari saya sendiri :p Sebelum mengambil keputusan untuk menghantar rencana ini kepada editor melalui emel, saya berusaha juga untuk mencari headline baru yang lebih sesuai, tapi saya gagal. Oleh itu, dengan lepas tangannya, saya emel rencana ini dengan headline yang sama. Alhamdulillah, mungkin editor punya pandangan yang sama tentang headline tersebut atau beliau pun sudah pening untuk menukarnya :p 

             Dengan itu, saya berharap agar rencana ini dapat memberi serba sedikit ilmu pengetahuan yang baru kepada pembaca di seluruh dunia :)

25 comments:

camne nak anta artikel kita ke sinar harian? Boleh btau by detail x?

Hari tu yg sy hantar artikel ke sinar harian, sy trus emel ke editor.. ni emel editor :-

zaila.mohamed@sinarharian.com.my
mohd.hanafiah@sinarharian.com.my

Blh cuba la send ke dua2 editor ni..insyaAllah dpt.. lg satu, kne rajin update klu dorg x bg feedback dlm ms 3 hari - seminggu.. Good luck ;)

Salam,

perkongsian yang menarik. Tahniah untuk anda. Saya sendiri berangan2 untuk cuba hantar rencana ke akhbar/majalah, selama ni tak tahu bagaimana. Doakan saya ye :)

Salam,, tumpang tanya,, berapa nilai honororium atau insentif yang diber sinar harian jika artikel tersiar di dalam akhbar mereka?

Wkmslm.. Seingat saya, Sinar Harian xbg insentif utk artikel mcm yg sy hantar ni. Tp sy xpasti klu ada jenis2 artikel yg dorg akan bg. Pernah hantar di Berita Harian. Pun sama. Ada kwn2 yg kuar artikel kt Utusan, dorg ada dpt insentif, tp xsure brp :)

This comment has been removed by the author.

Salam.mcm mane nk hntr artikel ke berita harian n utusan ye?bleh bg sya emel editor x?

Salam.mcm mane nk hntr artikel ke berita harian n utusan ye?bleh bg sya emel editor x?

Terima kasih atas maklumat. Tahniah kepada anda.

Terima kasih atas maklumat. Tahniah kepada anda.

Salam.mcm mane nk hntr artikel ke berita harian n utusan ye?bleh bg sya emel editor x?

Salam, mnt maaf sgt pd yg minta emel editor. Sy dh lupa😅 search blk kt folder sent pn mcm loading je. Sy pasti awk blh dpt emel editor kt nwspaper trsebut atau dlm website dorg.. InsyaAllah ada😊

utusan send terus kepada pengarang bahagian rencana. marhaini.kamaruddin@gmail.com

saya menggunakan email ini untuk hantar rencana yang berjudul Homestay untuk ekonomi komuniti. Selamat mencuba.

Salam sis.sinar negeri mne yg sis antr?blh mne2 Je ea

Salam sis.sinar negeri mne yg sis antr?blh mne2 Je ea

@nurul hidayah
Seingat saya, saya hantar melalui sinar negeri sembilan.. Kalau tak pun, buat ja cc kat emel tu ke hq sinar jgk...

@nurul hidayah
Seingat saya, saya hantar melalui sinar negeri sembilan.. Kalau tak pun, buat ja cc kat emel tu ke hq sinar jgk...

assalam nak tanya boleh ke hantar lebih daripada satu syarikat akhbar untuk satu-satu artikel?

Salam, format penulisan dalam word cmne ye?dr segi pages, font, spacing..tq

Terbaik! Tahniah cikpuan Dina! Salam perkenalan.

assalammualaikum,bole tak share sikit macam mana nak hantar artikel ke surat kabar?

macam mne nk jual artikel ke sinar harian

nak tanya sikit..kiranya trus hantar artikel tanpa perlu bertanya ka

Hebat. Saya juga berangan nak hanyat artikel. Tapi tak ada kemahiran nak tulis rencana atau mana2 jenis artikel lain.

Post a Comment